Bagi meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan, Pusat Sumber Sekolah (PSS) berperanan penting menyokong keperluan kurikulum dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui penyediaan perkhidmatan akses maklumat dan sumber pendidikan bersepadu dalam pelbagai format (cetak, bukan cetak dan digital) bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (murid dan guru) yang pelbagai.
Kursus Bina Blog PSS
Selama 4 hari 3 malam GPM dari seluruh negeri Terengganu berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bagi mengikuti Kursus Asas Pusat Sumber Sekolah Peringkat Pertengahan Kohort 1. Seramai 30 orang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media mewakili Pusat Kegiatan Guru daerah masing-masing. Slot yang paling menarik dan tertarik adalah perbengkelan membina blog. Ianya lain daripada yang lain. Kalau sebelum ini kita membina blog dengan mengguna idea sendiri tidak pula kita rasakan tekanannya, namun kali ini kami diajar untuk menggunakan template yang telah disediakan. Maka berpeluhlah fasilitator yang dah berpengalaman bertahun-tahun melayan kerenah kami yang dah macam mandi bukannya berpeluh lagi. Itulah asam garamnya.
GPM lelaki hanya 1/3 daripada GPM perempuan namun tidak menghalang kami untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tekun mendengar penjelasan dari fasilitator. |
Kelebihan Solat di sisi Rasulullah SAW
Email Thi BlogThis!
Dari meja Panitia Agama Islam:
Solat adalah lambang pengabdian kita selaku hamba kepada Allah Yang Maha Pencipta. Antara kelebihan dan hikmah di sebalik perintah solat ialah :
1. Solat menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah.
Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Apakah pendapat kalian sekiranya ada sebuah sungai di depan pintu (rumah) salah seorang di antara kalian, lalu ia mandi pada setiap hari lima kali, apkah masih ada kotoran yang tersisa? Para sahabat menjawab, "Tidak ada yang tersisa sedikitpun dari kotorannya. "Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Itulah perumpamaan solat lima waktu, lalu Allah akan menghapuskan dengannya segala dosa (kecil)."
Diriwayatkan pula daripada Sayidina Abu Ayyub al-Ansari r.a. bahawa Baginda RAsulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya setiap solat akan menghapuskan dosa yang berada di hadapannya."(Riwayat Imam Ahmad)
Langgan:
Catatan (Atom)